Khamis, 1 Disember 2016

BIJI CHIA YANG BANYAK MANFAAT

Biji Chia (Chia Seeds) berasal daripada mexico. Rendam semalaman atau beberapa jam satu sudu besar biji chia ke dalam air satu jug. Anda boleh minum bila-bila sahaja. Amalkan setiap hari. Insya Allah diberikan kesihatan seluruh badan dengan mengamalkan sesuatu pemakanan yang mudah dan murah. Selamat mencuba.
                              
chia nutritional contents graphic

          



Ahad, 4 September 2016

Mengatasi Masalah Kembung Perut (Angin)

Saya telah mengambil sofgel habbatus sawda satu biji dua kali sehari sejak sebulan yang lalu. Kesannya amat menakjubkan. Dengan izin Tuhan, masalah angin telah banyak berkurangan dengan syarat jaga makan juga, pembuangan air besar sangat lawas. Keadaan / kekuatan lutut semakin baik. Jenama Minsyam atau Barakah ok.
Selamat mencuba.

Enaknya Nenas

Sejak membaca whatsapps tentang khasiat enzim bromolin yang terdapat dalam buah nenas, saya telah mencuba memakan buah nenas termasuk empulurnya. Kesan yang ketara adalah kencing menjadi lebih lancar dan banyak. Syukur Alhamdulillah. Masalah kentut vagina juga semakin berkurangan. Syukur dengan izinNya. Hampir setiap minggu saya akan memakan buah nenas termasuk empulurnya. Pernah juga saya mendengar
mengatasi masalah batuk dengan mengambil jus nenas dengan madu. OK. Selamat mencuba.

Khasiat buah nanas
Buah nenas dan empulur

Rabu, 2 Disember 2015

Tikus Oh Tikus

Semuanya bermula apabila cekTi mula mendiami belakang perabut dapur dan membuat bunyi yang mengejutkan semasa menonton tv.
Perbualan dengan rakan satu van semasa pulang dari kerja memberi  ilham bagaimana menghalau tikus daripada rumah dengan mudah.
"Tikus kena pujuk untuk keluar dari rumah kita dan tak boleh dimarah" katanya.
Itulah yang saya lakukan sehingga tiada lagi kedengaran bunyi tikus dirumah.
Selamat mencuba.

Selasa, 24 November 2015

Tikus Oh Tikus

Mudahnya menghalau tikus


Tikus memiliki kelebihan yang jarang dimiliki binatang lain, iaitu pancaindera bau yang sangat tajam. Dengan kelebihan ini, tikus mampu mengesan pelbagai bau dari tempat yang cukup jauh. Kelebihan ini membolehkan kita mengusir tikus dari rumah iaitu dengan cara meletakkan bahan yang mempunyai bau yang tidak disukai tikus.
Melalui pengalaman orang yang cuba menghalau tikus menggunakan bau yang menyengat seperti berikut:
  • Bau Minyak Kayu Putih
  • Bau Tembakau
  • Bau Sirsak
  • Bau Cengkeh
  • Bau Durian
  • Bau Merica
  • Bau Mint
  • Bau Kopi
Taburkan daun/bahan yang mengandungi aroma di tempat laluan atau tempat persembunyian tikus.

Selamat mencoba.

Selasa, 17 November 2015

PENGALAMAN SIHAT: Minyak Zaitun

Tindak Balas Minyak Zaitun


Pengalaman saya mengamalkan minyak zaitun setelah beberapa minggu. Saya mengambil lebih kurang dua sudu minyak zaitun extra virgin pada waktu pagi sebelum sarapan.

Minggu pertama:
Pembuangan air besar menjadi mudah dan lawas, beberapa kali dalam sehari. Perut terasa kempis sedikit.
Selera makan boleh kawal dan tidak terlalu rasa lapar seperti sebelum ini. Sarapan dengan dua biji kuih sudah memadai.

Minggu Kedua:
Badan rasa lenguh. Mula-mula bahagian kaki, beberapa hari kemudian lega. Bahagian lengan tangan pula dan lega. 

Minggu Ketiga/Keempat:
Bahagian leher rasa tegang. Beberapa hari kemudian lega. Kemudian satu pagi telinga sebelah kanan rasa bengap. Takut juga. Mungkin panas, dan saya minum air dengan banyak pada hari itu. Esoknya alhamdulillah rasa lebih lega.

InsyaAllah..teruskan dgn minyak zaitun..itu suatu tindakbalas normal pada orang yg mempunyai masalah kesihatan.


Jika anda pengamal Minyak Zaitun atau apa2 Quranic Foods dan berlaku tindakbalas pembersihan jangan panik terus mengamalkan pemakanan sunnah ini.

Rabu, 14 Oktober 2015

Lawatan ke SMK Pulau Gaya

Sekolah Menengah Pulau Gaya terletak di atas air di Pulau Gaya, Sabah.
Konsep Sekolah: Garden Above The Sea: A Resort Concept School
Perjalanan ke sekolah ini menaiki bot yang dipunyai oleh sekolah tersebut.
Pemandangan yang sangat cantek dikelilingi air laut, ikan kelihatan berenang dalam air. Murid sekolah yang peramah dan menghormati tetamu.
Pengalaman yang tidak ternilai.