Selasa, 24 November 2015

Tikus Oh Tikus

Mudahnya menghalau tikus


Tikus memiliki kelebihan yang jarang dimiliki binatang lain, iaitu pancaindera bau yang sangat tajam. Dengan kelebihan ini, tikus mampu mengesan pelbagai bau dari tempat yang cukup jauh. Kelebihan ini membolehkan kita mengusir tikus dari rumah iaitu dengan cara meletakkan bahan yang mempunyai bau yang tidak disukai tikus.
Melalui pengalaman orang yang cuba menghalau tikus menggunakan bau yang menyengat seperti berikut:
  • Bau Minyak Kayu Putih
  • Bau Tembakau
  • Bau Sirsak
  • Bau Cengkeh
  • Bau Durian
  • Bau Merica
  • Bau Mint
  • Bau Kopi
Taburkan daun/bahan yang mengandungi aroma di tempat laluan atau tempat persembunyian tikus.

Selamat mencoba.

Selasa, 17 November 2015

PENGALAMAN SIHAT: Minyak Zaitun

Tindak Balas Minyak Zaitun


Pengalaman saya mengamalkan minyak zaitun setelah beberapa minggu. Saya mengambil lebih kurang dua sudu minyak zaitun extra virgin pada waktu pagi sebelum sarapan.

Minggu pertama:
Pembuangan air besar menjadi mudah dan lawas, beberapa kali dalam sehari. Perut terasa kempis sedikit.
Selera makan boleh kawal dan tidak terlalu rasa lapar seperti sebelum ini. Sarapan dengan dua biji kuih sudah memadai.

Minggu Kedua:
Badan rasa lenguh. Mula-mula bahagian kaki, beberapa hari kemudian lega. Bahagian lengan tangan pula dan lega. 

Minggu Ketiga/Keempat:
Bahagian leher rasa tegang. Beberapa hari kemudian lega. Kemudian satu pagi telinga sebelah kanan rasa bengap. Takut juga. Mungkin panas, dan saya minum air dengan banyak pada hari itu. Esoknya alhamdulillah rasa lebih lega.

InsyaAllah..teruskan dgn minyak zaitun..itu suatu tindakbalas normal pada orang yg mempunyai masalah kesihatan.


Jika anda pengamal Minyak Zaitun atau apa2 Quranic Foods dan berlaku tindakbalas pembersihan jangan panik terus mengamalkan pemakanan sunnah ini.