Khamis, 1 Disember 2016

BIJI CHIA YANG BANYAK MANFAAT

Biji Chia (Chia Seeds) berasal daripada mexico. Rendam semalaman atau beberapa jam satu sudu besar biji chia ke dalam air satu jug. Anda boleh minum bila-bila sahaja. Amalkan setiap hari. Insya Allah diberikan kesihatan seluruh badan dengan mengamalkan sesuatu pemakanan yang mudah dan murah. Selamat mencuba.
                              
chia nutritional contents graphic

          



Ahad, 4 September 2016

Mengatasi Masalah Kembung Perut (Angin)

Saya telah mengambil sofgel habbatus sawda satu biji dua kali sehari sejak sebulan yang lalu. Kesannya amat menakjubkan. Dengan izin Tuhan, masalah angin telah banyak berkurangan dengan syarat jaga makan juga, pembuangan air besar sangat lawas. Keadaan / kekuatan lutut semakin baik. Jenama Minsyam atau Barakah ok.
Selamat mencuba.

Enaknya Nenas

Sejak membaca whatsapps tentang khasiat enzim bromolin yang terdapat dalam buah nenas, saya telah mencuba memakan buah nenas termasuk empulurnya. Kesan yang ketara adalah kencing menjadi lebih lancar dan banyak. Syukur Alhamdulillah. Masalah kentut vagina juga semakin berkurangan. Syukur dengan izinNya. Hampir setiap minggu saya akan memakan buah nenas termasuk empulurnya. Pernah juga saya mendengar
mengatasi masalah batuk dengan mengambil jus nenas dengan madu. OK. Selamat mencuba.

Khasiat buah nanas
Buah nenas dan empulur