Anai-anai memang suka membuat saran di tempat yang gelap di dalam rumah seperti di almari pakaian, bilik air dan sebagainya. Pernah rumah saya diserang anai-anai. Saya melayari Internet untuk mencari petua menghalau anai-anai kerana saya tidak suka dengan bau ubat anai-anai yang busuk dan sangat kuat baunya. Terdapat satu artikel tentang penggunaan daun durian belanda dalam menghalau anai-anai. Saya telah mencubanya dan alhamdulillah telah berjaya. Tempat yang diduduki anai-anai semakin cerah dan kering sehingga hari ini tidak ada lagi anai-anai menduduki tempat tersebut. Daun durian belanda tersebut saya ramaskan dengan tangan dan taburkan ditempat anai-anai tersebut. Kaedah ini mengambil sedikit masa untuk melihat keberkesanannya.
Selamat Mencuba.
Ahad, 30 Ogos 2015
Jumaat, 28 Ogos 2015
Garam buluh untuk kesihatan
Saya mula mengalami sakit lutut sejak Mac tahun 2015. Sejak itu saya telah mengubah diet saya dan mula mengambil Makanan Sunnah seperti jus kurma, jus delima, madu, minyak zaitun dan garam. Kesan yang saya alami adalah pembuangan air besar menjadi lebih baik, tidur lebih lena dan kerap membuang angin. Sakit lutut yang saya alami semakin berkurangan dengan izin Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)