Ahad, 30 Ogos 2015

Mudahnya menghalau anai-anai

Anai-anai memang suka membuat saran di tempat yang gelap di dalam rumah seperti di almari pakaian, bilik air dan sebagainya. Pernah rumah saya diserang anai-anai. Saya melayari Internet untuk mencari petua menghalau anai-anai kerana saya tidak suka dengan bau ubat anai-anai yang busuk dan sangat kuat baunya. Terdapat satu artikel tentang penggunaan daun durian belanda dalam menghalau anai-anai. Saya telah mencubanya dan alhamdulillah telah berjaya. Tempat yang diduduki anai-anai semakin cerah dan kering sehingga hari ini tidak ada lagi anai-anai menduduki tempat tersebut. Daun durian belanda tersebut saya ramaskan dengan tangan dan taburkan ditempat anai-anai tersebut. Kaedah ini mengambil sedikit masa untuk melihat keberkesanannya.
Selamat Mencuba.

1 ulasan:

  1. Pengalaman yang sangat bermakna dalam hidup saya dan dapat membantu masalah sama yang dihadapi oleh orang lain.

    BalasPadam