Semuanya bermula apabila cekTi mula mendiami belakang perabut dapur dan membuat bunyi yang mengejutkan semasa menonton tv.
Perbualan dengan rakan satu van semasa pulang dari kerja memberi ilham bagaimana menghalau tikus daripada rumah dengan mudah.
"Tikus kena pujuk untuk keluar dari rumah kita dan tak boleh dimarah" katanya.
Itulah yang saya lakukan sehingga tiada lagi kedengaran bunyi tikus dirumah.
Selamat mencuba.
Rabu, 2 Disember 2015
Selasa, 24 November 2015
Tikus Oh Tikus
Mudahnya menghalau tikus
Tikus memiliki kelebihan yang jarang dimiliki binatang lain, iaitu pancaindera bau yang sangat tajam. Dengan kelebihan ini, tikus mampu mengesan pelbagai bau dari tempat yang cukup jauh. Kelebihan ini membolehkan kita mengusir tikus dari rumah iaitu dengan cara meletakkan bahan yang mempunyai bau yang tidak disukai tikus.
Melalui pengalaman orang yang cuba menghalau tikus menggunakan bau yang menyengat seperti berikut:
- Bau Minyak Kayu Putih
- Bau Tembakau
- Bau Sirsak
- Bau Cengkeh
- Bau Durian
- Bau Merica
- Bau Mint
- Bau Kopi
Taburkan daun/bahan yang mengandungi aroma di tempat laluan atau tempat persembunyian tikus.
Selamat mencoba.
Selasa, 17 November 2015
PENGALAMAN SIHAT: Minyak Zaitun
Tindak Balas Minyak Zaitun
Pengalaman saya mengamalkan minyak zaitun setelah beberapa minggu. Saya mengambil lebih kurang dua sudu minyak zaitun extra virgin pada waktu pagi sebelum sarapan.
Minggu pertama:
Pembuangan air besar menjadi mudah dan lawas, beberapa kali dalam sehari. Perut terasa kempis sedikit.
Selera makan boleh kawal dan tidak terlalu rasa lapar seperti sebelum ini. Sarapan dengan dua biji kuih sudah memadai.
Minggu Kedua:
Badan rasa lenguh. Mula-mula bahagian kaki, beberapa hari kemudian lega. Bahagian lengan tangan pula dan lega.
Minggu Ketiga/Keempat:
Bahagian leher rasa tegang. Beberapa hari kemudian lega. Kemudian satu pagi telinga sebelah kanan rasa bengap. Takut juga. Mungkin panas, dan saya minum air dengan banyak pada hari itu. Esoknya alhamdulillah rasa lebih lega.
InsyaAllah..teruskan dgn minyak zaitun..itu suatu tindakbalas normal pada orang yg mempunyai masalah kesihatan.
Jika anda pengamal Minyak Zaitun atau apa2 Quranic Foods dan berlaku tindakbalas pembersihan jangan panik terus mengamalkan pemakanan sunnah ini.
Rabu, 14 Oktober 2015
Lawatan ke SMK Pulau Gaya
Sekolah Menengah Pulau Gaya terletak di atas air di Pulau Gaya, Sabah.
Konsep Sekolah: Garden Above The Sea: A Resort Concept School
Perjalanan ke sekolah ini menaiki bot yang dipunyai oleh sekolah tersebut.
Pemandangan yang sangat cantek dikelilingi air laut, ikan kelihatan berenang dalam air. Murid sekolah yang peramah dan menghormati tetamu.
Pengalaman yang tidak ternilai.
Rabu, 2 September 2015
Garam organik / unpolished salt untuk kesihatan
GARAM adalah sejenis ramuan yang digunakan dalam masakan. Garam menjadi salah satu makanan sunnah Rasulullah s.a.w. dan penawar bagi sebahagian penyakit.
“Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.” - Luqman Al-Hakim.
Nabi s.a.w turut mengamalkan pengambilan garam dalam
kehidupan seharian baginda. Baginda akan mengambil secubit garam sebelum mengambil makanan atau minuman.Beberapa hadis yang menangkan tentang garam, daripada Abdullah bin Umar “Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”
Menurut hadis riwayat Al –Bazzar, Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali minum dan makan. Baginda berkata yang bermaksud: “Sesiapa yang memulakan minum dan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, antaranya ialah gila kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui oleh Allah sahaja.”
Dalam Hadis riwayat Al –Bazzar juga turut menjelaskan
tentang cara pengambilan garam mengikut sunnah, guna ibu jari dan jari telunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam.
Beberapa jenis garam organik:
Bamboo salt, a unique type of all-natural healthy salt, was first produced by Jin-pyo Yul-sa(famous Buddhist priest) during his meditation period at the famous Busa-Uibang(small Buddhist retreat located atop Mt. Byun-san and surrounded by majestic cliffs) about 1,300 years ago and passed on through generations mainly by Buddhist priests as folk remedy.。
Sea salt is salt produced from the evaporation of seawater. It is used in cooking and cosmetics. It is also called bay salt[1] or solar salt.[2] Like mineral salt, production of sea salt has been dated to prehistoric times. Some cooks believe it tastes better than salt from mines. However, there is little or no health benefit to using sea salt over other forms of sodium chloride salts.

Garam bukit, ia adalah garam yang berasal dari
kawasan pergunungan Himalaya. Warna
asal garam bukit ini ada yang berwarna putih, 'pink'
dan kemerah-merahan. Ia mengandungi unsur-unsur
mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Terdapat
84 mineral semulajadi dalam
garam bukit.
Sea salt is salt produced from the evaporation of seawater. It is used in cooking and cosmetics. It is also called bay salt[1] or solar salt.[2] Like mineral salt, production of sea salt has been dated to prehistoric times. Some cooks believe it tastes better than salt from mines. However, there is little or no health benefit to using sea salt over other forms of sodium chloride salts.
Selasa, 1 September 2015
Ahad, 30 Ogos 2015
Mudahnya menghalau anai-anai
Anai-anai memang suka membuat saran di tempat yang gelap di dalam rumah seperti di almari pakaian, bilik air dan sebagainya. Pernah rumah saya diserang anai-anai. Saya melayari Internet untuk mencari petua menghalau anai-anai kerana saya tidak suka dengan bau ubat anai-anai yang busuk dan sangat kuat baunya. Terdapat satu artikel tentang penggunaan daun durian belanda dalam menghalau anai-anai. Saya telah mencubanya dan alhamdulillah telah berjaya. Tempat yang diduduki anai-anai semakin cerah dan kering sehingga hari ini tidak ada lagi anai-anai menduduki tempat tersebut. Daun durian belanda tersebut saya ramaskan dengan tangan dan taburkan ditempat anai-anai tersebut. Kaedah ini mengambil sedikit masa untuk melihat keberkesanannya.
Selamat Mencuba.
Selamat Mencuba.
Jumaat, 28 Ogos 2015
Garam buluh untuk kesihatan
Saya mula mengalami sakit lutut sejak Mac tahun 2015. Sejak itu saya telah mengubah diet saya dan mula mengambil Makanan Sunnah seperti jus kurma, jus delima, madu, minyak zaitun dan garam. Kesan yang saya alami adalah pembuangan air besar menjadi lebih baik, tidur lebih lena dan kerap membuang angin. Sakit lutut yang saya alami semakin berkurangan dengan izin Allah.
Langgan:
Catatan (Atom)